cp

cp

Friday, March 25, 2016

Kerja

Assalamualaikum...


Ya Allah, lamanya tak update blog ni. Nak kata busy tu, busy jugak lah kot. Busy bercuti. Hahahhaa. Last week kan cuti sekolah. So, haruslah mengangkut semua anak-anak buah pergi bercuti, boleh dikatakan family vacation jugak lah walaupun Kak Long & Baim tak dapat follow. Lepas beberapa kali tukar plan, akhirnya ke Perak lah kita atau lebih tepat lagi ke Lost of World Tambun. Kalau nk pergi vacation, harus consider tempat yang boleh buat kanak-kanak ribena semua ceria and selalunya melibatkan air macam pool ke pantai ke dapat taman tema air macam ni lagi bagus. Yang untuk orang dewasa & berusia tolak tepi dulu sebab yang penting adalah kanak-kanak. Sebab bila dorang happy & tak buat perangai, maka kami pun akan turut happy sama. Eh, dah macam mak-mak pulak aku ni. Hahahhaha






lama tak family dinner camni 

meeting tepi pool jap. haha


Alhamdulillah, I'm employed now! Belum officially start lagi, sebab start 1 april nanti. Kerja biasa-biasa je, kira part time job lah. Tak kisah lah kan, janji kerja daripada duduk melanguk kat rumah tak buat apa-apa. In shaa Allah, nanti adalah tu Allah bagi rezeki kerja yang lagi better. Aku pun bukan desperate nak guna duit beli rumah ke apa. Sebab duduk dengan parent kan, tapi of course lah kena ada perancangan jugak kan. Mentang-mentang duduk dengan parent, takkan nak duduk goyang kaki je kan. At the same time, aku try jugak apply kerja lain. Ye lah, takkan nak kerja part time ni sampai tua kan. Belajar tinggi-tinggi, mesti lah nak kerja yang bagus-bagus jugak. Nak merasa kerja dalam office jugak. But for nowwwww, lets focus on this part time job. Actually, aku tolong business kawan Mak, dorang baru nak start. So, memang semua pun mula dari bawah lah. In shaa Allah, mana tahu berkat kita tolong perniagaan orang ni, nanti Allah tolong kita pulak kan. 


ni bukan kat Perak. ni kat area rumah abang.
 Siblings match! ahahhaha


Aku plan nak buat kerja part time ni dalam 6 bulan atau paling lama pun setahun lah. Aku harap by the time tu nanti, adalah offer job yang lain. Tapi, kita hanya merancang kan, Allah yang menentukan segalanya. Boleh jadi aku kerja sini lebih lama dari tu. But anyway, tak perlu risau, yang penting ada kerja, at the same time boleh jaga Mak & Ayah. Sambil-sambil tu dah boleh slow-slow cari calon kot. Bukan calon parti tapi calon suami. Hewhewhew. Siapa nak isi borang? hahahahha. Oke lah, itu je kot. Bye!



Monday, March 14, 2016

Cousin

Assalamualaikum...

Dah dua hari tak update blog, banyak gilos benda nak cerita. Takpe, kita cerita satu-satu k. Sabtu lepas ikut mak ayah pergi Taiping melawat Pak Ndak dekat hospital. Kesian Pak Ndak, tenat sangat nampaknya. Terbaring je atas katil tak boleh bergerak. Dia lumpuh separuh badan, tangan & muka still oke lagi, Alhamdulillah. Aku memang rapat sangat dengan family Pak Ndak kalau nak bandingkan dengan sedara mara yang lain. Ingat lagi, kecik-kecik dulu pergi bercuti dekat Port Dickson, Pulau Perhentian, balik kampung arwah Mak Ndak dekat Kelantan. Seronokkkkk sangat! Sebab, Pak Ndak & arwah Mak Ndak sporting habis. Nak apa jee, semua dorang bagi. Tak pernah marah-marah. Anak-anak dorang pun manja sangat. Of course lah aku rapat dengan anak-anak dia, especially Syazwan & Wawa. Kira bestpren lah dengan Wawa tu. Tapi bila dah besar, dah jarang jumpa. bila jumpa pun time raya, sebab rumah Pak Ndak adalah rumah WAJIB RAYA dalam list semua sedara mara. Hahhahha. So, bila jumpa tu jadi awkward jugak la, tak tau nak borak apa sangat dengan wawa, luckily, we both product UiTM, so adalah modal nak bawak berborak. Hhahahahaah


Mula-mula masa sampai hospital tu, tengok Pak Ndak tengah tidur, bila ayah kejut dia tak bangun. Eh, lena betul Pak Ndak tido, penat sangat ke? kesan makan ubat ke? tunggu punya tunggu, sambil2 tu berborak dengan cina sebelah katil dia. Pastu, nampak dia macam gerak-gerak sikit, ayah try kejutkan lagi, ayun-ayun tangan dia, tapi tak jugak bukak mata. Pastu mak try panggil nama dia, ' Nasir, ni Abang Mat datang ni ' Terus serta-merta air mata Pak Ndak keluar sambil dia pejam mata tu. Mungkin Pak Ndak sebak + segan ke, aku pun tak sure. So, aku decide nak ajak mak tunggu luar, biar ayah je dengan Pak Ndak, sebab ayah kan abang dia, so maybe kurang sikit segan dia nak cerita apa-apa. Tapi mak refused to follow me. So,aku decide nak tunggu luar sensorang. Biar la dorang orang tua-tua. So, aku pun pergi lah tunggu luar sambil update keadaan semasa kat group wassap family aku, and group wassap sedara mara belah ayah.





 Lepas 15 minit, aku try la masuk balik nak tengok Pak Ndak bangun ke tak. Bila masuk, tengok mak ayah tengah borak2 dengan Pak Ndak. Eh, Pak Ndak ni malu dengan aku ke apa? Hhahaha. Pastu, mak ayah decide nak pergi solat & makan dulu, sebab kami dari KL td, sampai2 terus ke hospital tak makan lunch ke apa. Hotel pun tak carik lagi. Dah la cuti sekolah baru start ni. Hhahahah. Pak Ndak request nak air panas sebab doc tak bagi dia makan, dia hanya boleh minum air panas je nak bagi dia poo poo, sebab nanti doc nak masukkan kamera dalam badan nak check apa ntah tak sure. So, pergi lah makan kat kafe hospital & isikan air panas dalam termos untuk Pak Ndak. Lepas tu, kami decide nak check in hotel terdekat sebab badan pun dah tak selesa dah, seharian dalam kereta dengan jammed bagai. Sementara tunggu mak ayah solat kat masjid, I cuti, so aku try la call hotel berdekatan dengan Hospital Taiping tanya ada kosong lagi ke tak. Alhamdulillah, 1st call dah dapat satu hotel ni, nama dia Hotel Happiness, amik bilik satu katil queen + single untuk satu malam, hanya RM59!! Murah gilos! Selesa pun selesa, bilik air pun ok, dekat dengan hospital. Nasib baik jugak, sebab time aku call tu ada satu je lagi bilik kosong untuk 3 orang. Fuhhh! 

View dari luar bilik hotel

Simple but nice.

Laluan menuju ke bilik hotel


Apa-apa pun aku tabik springgg dekat Wawa & Syazwan. Wawa ni sumpah anak manja gila dulu, ye la since dia pun bongsu macam aku plus dia sorang je anak perempuan. Tapi, sekarang dia jadi independent gilaaaa! Bayangkan, dia sanggup ulang-aling KL-Taiping sorang-sorang naik ETS tu pergi lawat ayah dia. Dah lah, baru je start kerja, mak pun baru je meninggal dua tahun lepas. Subhanallah, aku ingat ujian aku dah cukup besar, rupa-rupanya ada lagi orang yang ujiannya lagi besar, dan orang tu merupakan orang terdekat jugak dengan aku. Masya-Allah... Semalam, time pergi rumah Pak Ndak dekat Gombak, Kak Ani ( Penjaga keluarga Pak Ndak + arwah Mak Ndak, since 1992) ada cerita, Kak Ani cakap dulu masa arwah Mak Ndak terlantar sakit dekat rumah, Syazwan yang jaga, tolong cuci kaki, etc. Time tu Wawa kat UiTM, study lagi. Syazwan tak pernah even sekalipun cakap bau busuk ke apa. Ya Allah, Subhanallah... Cuba bayangkan kalau kita berad dekat tempat Syazwan tu, mampu ke kita buat macam tu? Wan, kau memang kental wan. I can't stop crying bila terfikir pasal keluarga Pak Ndak ni, plus sebenarnya aku tak sempat nak melawat arwah Mak Ndak langsung, sebab time tu aku kat UiTM jugak tengah study lagi. Terkilan jugak sebenarnya. Tapi, setiap kali lepas solat, in shaa Allah, aku tak pernah lupa sedekahkan Al-fatihah dekat semua arwah atuk, nenek & sedara mara yang telah pergi. 


Setiap yang hidup, pasti akan mati. Itu janji Allah SWT. Cuma kita tak tahu bila, di mana & macam mana keadaan kita time tu. Kita hanya boleh berdoa & berharap semoga pengakhiran kita semua baik-baik belaka, in shaa Allah. Semoga Pak Ndak diberikan kekuatan untuk melawan sakit dan pulih seperti sedia kala. Semoga anak-anak Pak Ndak terus diberikan kekuatan untuk mengharungi ujian yang hebat ni. Korang memang anak-anak yang hebat. Bertuah Pak Ndak & arwah Mak Ndak ada anak-anak macam korang. Wawa, In shaa Allah aku akan cuba apa saja yang aku mampu untuk tolong kau wa. Sedara mara kita yang lain pun semua ada wa, semua orang sekarang risaukan Pak Ndak jugak. Kau jangan risau k wa, sebab kau masih ada kami semua. Kami semua sayang kau adik-beradik wa. 





Friday, March 11, 2016

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Salam Jumaat semua. Amboi, sopan semacam pembukaan hari ni kan, hahahaha. ALHAMDULILLAH, syukur sangatttt! Aku baru je lepas dapat berita gembira tadi. Tangan pun baru habis shakinggg. Allah je yang tahu betapa lega, gembira, shaking nya aku masa terima berita tu tadi. Berita apa ni? Mesti tertanya-tanya kannnn. Dah dapat kerja ke kak? Hahahahaha. Rezeki kerja belum sampai lagi dik, in shaa Allah soon, lepas ni pulak. Ini berita mengenai study akak. 





Haaa, leganya rasaaa. Lepas ni boleh bergerak lagi aktif untuk cari kerja. Boleh teman mak ayah pergi mana-mana je tanpa serabut di kepala dan dada. Kalau tak sebelum ni, jasad je dengan dorang, tapi dalam kepala tu berselirat duk fikir masalah yang satu ni. Alhamdulillah, Allah dah tunaikan permintaan yang satu ni. Kira hadiah birthday paling bernilai lah ni. Dah boleh slow-slow keluar dari gua. Huhuhuhu.




Oke, akak takde idea nak update apa sebab macam happy sangat plus ada banyak plan datang dalam kepala ni. Cuma akak nak share something lah kot. Ini berdasarkan apa yang akak pernah lalui sebelum ini. Kalau kita ditimpa ujian/musibah, jangan cepat putus asa, sebaliknya kita kena cepat-cepat bangun, fikir macam mana nak solve masalah tu, yang paling penting, mengadu dekat Allah banyak-banyak. Mintak (doa) dekat DIA banyak-banyak. Kalau rasa penat or jemu pun jangan give up dulu, teruskan, teruskan, teruskan, sampai lah kita dapat atasi masalah tu. 






Jangan cepat fikir negatif, selalu fikir positif dan yakin dengan bantuan Allah. Jangan malu mintak tolong dengan orang yang hampir dengan kita, mintak dorang tolong doakan kita. Solat sunat jangan tinggal, dhuha, tahajjud, hajat, etc. Buat hari-hari! Mengaji pun jangan tinggal, selagi berkesempatan, takkan lah dalam 24 jam sehari tu tak sempat langsung kan, mengaji lah walau satu muka surat atau satu ayat pun sehari! Dan yang paling penting, redha mak ayah itu kena ada. Jaga hati mak ayah sebaik mungkin, walau macam mana sekalipun! Mungkin kadang-kadang kita ada jugak tak puas hati dengan dorang kan, tapi ingat, kalau mak ayah tak redha, maka Tuhan pun takkan redha. Dan lagi satu nk pesan, semua amalan-amalan ni jangan hanya buat waktu ditimpa ujian/musibah je, sebaliknya jadikanlah amalan sepanjang hayat kita. In shaa Allah, Allah akan bagi lebih lagi lepas tu. Selamat beramal!








Wednesday, March 9, 2016

24!

Assalamualaikum,

Goood Morrrninggggg! Awal gilos update blog hari ni. Nampak sangat tak menyabar kann. Anywayyy, hari ni akak dah 24 u olss! Oh my, bangga naw umur makin meningkat yea kak?Orang lain punyalah malu nak exposed umur sendiri. Hahaha. Alhamdulillah, tak kisah lah. Apa-apa pun akak rasa bersyukur sangat diberikan peluang untuk terus bernafas di usia macam ni. 

I loike this quotes =D

Yes, memang banyaaakkk lagi benda yang akak belum achieved dalam hidup ni, belum kerja lagi, belum kahwin lagi, belum ada boyfriend lagi *part ni tak perlu kot bgtahu* Tapi, apa-apa pun akak tetap bersyukur dan yakin Allah dah susun cantik-cantik jalan hidup akak, cuma mungkin masa dia untuk akak dapatkan semua tu belum sampai lagi. Soon baby, soon. In shaa Allah...

Oh, semalam akak pergi renew lesen. Yeayyy! Benda yang paling malas sekali untuk dibuat, dah berjaya jugak dilaksanakan! Hahahaha. Buat untuk 3 tahun terus. Iye la, takkan nak melawat JPJ tu every year pulak kan. Yea, dekat pejabat pos pun boleh renew, but again, MALAS! Sekejap je semalam, pergi kaunter bagitahu nak renew, bagi lesen lama, dia type-type sikit, bayar, pastu tunggu giliran amik lesen baru dalam 10 minit camtu, dan lepas tu boleh pecut balik rumah masing-masing. Hehehe

Time balik tu boleh pulak terserempak dengan kereta JKR 2 bijik. Akak dah agak dah chances nak 'terjumpa' tu mesti tinggi punya sebab JKR & JPJ dekat area yang sama je, cuma JKR depan lagisikit dari JPJ. Oh, sebelum tu nak bagitahu akak dulu praktikal dekat JKR. Hihihi. Akak bukan apa, bukan sombong atau lupa diri sampai taknak jumpa langsung dengan orang yang banyak membantu akak dulu, pagi petang dorang belanja akak makan minum. (Ahhh, rindu Kak Aziah & Kak Ida) Tapi, dengan keadaan akak yang still tanam sayur yang tak tumbuh-tumbuh ni, akak segan lah. Nanti mesti semua tanya, kerja mana sekarang, etc. 

Tapi rindu jugak sebenarnya dekat geng-geng bahagian Jalan. (Sesuka hati panggil geng, padahal semua pangkat abang & kakak kat situ) Hahahhaa. Dorang tu sporting & kelakarrr sangat especially Encik Murad. Sehari tak perli orang ( dalam intonasi melawak lah) memang tak sah, aku yang duduk sebelah dia ni asyik gelak je lah kerjanya, kang kalau menyampuk aku pulak yang jadi bahan. Hhahahaha

So far baru sorang je yang wish, which is my very best buddy Farah Syahirah. Woi, camne kau boleh ingat birthday aku? Bukan aku dah hide dekat semua social media ke? Hahahah. Engkorang tengok lah, betapa down nya akak sampai birthday pun nak kena hide. Bukan apa, akak sebenarnya not in the mood lah nak terima wish dari sesiapa. Ni kalau tak, berdengung hp dapat wish dari calssmate. You know, sometimes kita memang rasa nak menyendiri je kan buat hal kita, just rapat dengan certain kawan-kawan. Nanti bila keadaan dah ok, akak contact lah balik dengan kawan-kawan semua. 


Function kipas? Hahahaha

Lagipun, akak tahu dorang pun busy dengan life dorang, ada yang busy kerja, ada yang busy sambung study. Akak duduk diam-diam pun sebenarnya akak still usha gak apa kawan-kawan buat sekarang. Seronok tengok korang dah maju setapak, takpe aku yakin nanti masa aku akan datang jugak. Mungkin sekarang Allah nak suruh aku jaga mak ayah aku puas-puas dulu kan. Anyway, sebelum air mata akak ni bertakung di pagi birthday ni, baik akak stop sini dulu. Ok, bye!

Monday, March 7, 2016

Pagi shopping, petang interview

Assalamualaikum,

Apaa habaq semuaa? sihat kaa? makan dah kaa? cek kenyang duk makan eskrem mesia asam boi hat yang cek buat minggu lepas untuk anak-anak buah. Oke tipu, itu sampingan je, time bukak pose tadi dah melantak 2 pinggan nasi. Korang tak caya ke kita makan banyak? Ye, saya adalah remaja perempuan yang bajet kurus *mentang-mentang tinggi lampai* dan kuat makan nasi. Duduk rumah dengan mak ayah ni, mak masak ikan goreng pun nikmat oke! Dah tu, cemana nak diet? you tell me now. Hahahhaa


Hari ni supposedly bawak ayah pergi klinik ambil ubat, dan pergi exercise dekat hospital. Tapi ayah refused to go both! Saya pulak jenis tak pandai nak paksa orang, mak pun diam je tak bantah cakap ayah. But, ayah ajak pergi Takaful KL, settlekan urusan lain. Makanya, ke KL lah kita! Settle urusan dekat takaful tu, dorang ajak pergi Plaza Kenanga pulak shopping baju. Sebab ayah kata, aku asyik pakai baju yang sama je every time keluar. To be honest, aku ada baaaaaanyaaaakkkkk sangat blouse yang aku kumpul time aku study kat Shah Alam dulu. Tapi, baju yang menepati syariah mak & ayah hanyalah ada beberapa helai je. Aku pulak jenis yang tak suka nak dengar mak membebel panjang2, lantas ku sarungkan baju yang hanya menepati syariah dia sahaja supaya hidup aku aman damai tanpa bebelan dia. Hehehehe. Pandai tak aku amik hati mak? So, orang nak belanja, aku ikutkan aje lah. Lagipun dah lama tak shopping baju woi! Nak tunggu aku beli sendiri, bayang kerja pun tak nampka lagi. Hewhewhew



Tak lama pun kitaorg shopping, dapat tangkap 'beberapa' helai baju yang mengikut corak piawian aku & labuhnya piawaian mak ayah, adalah dalam 6 helai. Hewhewhewhew. Wehh, mana nak cari baju blouse super duper labuh harga below RM40?! Plaza Kenanga ni lah tempatnya yea adik-adik. Ramai orang jual baju memang beli sini pun, sebab klu beli borong lagi murah naw naw harga dia! Habis cari baju aku, baju anak-anak buah, baju ayah & baju mak, kami pun bergegas pulang ke rumah. On the way balik, ada kawan mak call suruh aku hantar resume dekat area tempat dia kerja sebab dengar cerita ada nak pakai orang. Dia suruh aku datang sekali pakai kemas-kemas, nanti boleh interview terus. Kau bayangkan, tadi seronok jalan-jalan shopping, balik rumah terus kena siap-siap pergi interview. WHATTTT?! I'M TOTALLY NOT PREPARE LAH KAN! Nasib baik pagi tu aku kemas balik file, print baru resume gantikan the one yang aku dah hantar kt KLIA kelmarin. Kahkahkah! Sijil2 pun dah photostat baru yang mana kurang tu. So, sampai je rumah dalam pukul 3, solat, siap2 terus gerak pergi hantar resume tu. Ewwww, tak mandi. Eleh, victoria secret kan ada. Hahahahhaaha!

Sini lah pergi apply tadi ....

Kawan mak pun temanlah aku pg pejabat HR, isi borang, tunggu somebody review resume aku tu untuk di interview. Baik makcik ni, nama dia Cik Mah. Terima kasih Cik Mah, sebab temankan saya tadi. Hihihi. End up, aku pun dipanggil masuk, so HR dia kata, " setakat ni kita takde kekosongan lagi yang setaraf dengan kelayakan awak. Sebab orang yang in charge untuk engineering tu tak datang hari ni. Esok akak bagi resume awak ni ke dia, in case kalau dia berminat nak amik, kita akan contact awak lah. Syarikat kami tak boleh simply bagi jawatan kerani ke apa2 yang bawah dari kelayakan awak sebab itu salah disisi undang-undang. Ramai jugak yang datang dengan degree kata tak kisah position apa-apa pun, tapi kami memang tak boleh bagi jawatan-jawatan bawahan ni sebab salah dan tak fair " Aku pun angguk-angguk senyum je dengar apa yang kakak tu cakap. Dah bincang-bincang, almost tak sampai setengah jam pun, maka aku pun beredar pulang. Kalau ada rezeki, ada lah tu. Kita dah usaha dah kan. Esok, mak ajak pergi tempat lain pulak try luck lagi. Ada banyak kilang-kilang besar area rumah aku ni sebenarnya. So, kita try lah, mana tau dapat kat salah satu kilang tu kan. Just nak gain experience je, kalau dapat job in civil nanti kita cabut lah! Hehhehe. 

Alaaa, nak tengok, nak tengok!

Anywayyyyyy, nak tak nak, ESOK KENA JUGAK PERGI RENEW LESEN! Sebab lusa dah expiredddd! Sini dah la selalu ada roadblock. Kang tak memasal je kan. Malas sebenarnya nak pergi renew, sebab kena bayar. Hhahahahahha. Amboi, kalau shopping laju je kan! Kakak aku relax je dah berabad tak renew lesen, hari-hari drive bangi-bangsar tak pernah kena saman pun. Hahahhaa. Saka apa lah yang perempuan ni pakai. Oh, cakap pasal saka ni, siapa dah pergi tengok Munafik? Kakak aku kata seram level Emily Rose tu. Aku nak sangat pergi tengok, tapi takde geng. Ye lah, orang lain semua kerja/study, aku je melanguk tak buat apa-apa. Takkan nak ajak mak ayah pulak kan. Memang mintak kena ceramah lah jawabnya! Hahhahahaa. Oke, itu je untuk hari ni. Bye!


Sunday, March 6, 2016

First Interview

Assalamualaikum,


Weekend kali ni rumah meriah habis sebab semua siblings balik. So, bila semua anak buah berkumpul, faham-faham lah kan. Anak buah aku ada 7 orang je semuanya. 4 lelaki 3 perempuan. In shaa Allah, ada rezeki nanti aku tambah laa lagi beberapa orang. Boleh buat satu team bola sepak pun oke dah. Hahahhaa


Sebenarnya, semalam aku tidur rumah Fatin kat Putrajaya, tujuannya nak pergi satu walk in interview dekat KLIA2. Aten buat kerja gila ajak aku last minit. Interview hari Sabtu, dia ajak hari Jumaat. Tak ke kelam kabut aku nk packing, gerak dr rawang ke Putrajaya. Thanks to KTM sebab memudahkan perjalanan. Hahah. Nasib baik aku memang dah siapkan satu file lengkap dengan semua sijil2 berkaitan untuk pergi interview. Well, since aku pun takde buat apa-apa, so aku fikir why not give it a try kan. Aku tak expect dapat pun kerja tu, cuma nak gain interview experience je since aku tak pernah pergi mana-mana formal interview kerja lagi setakat ni. In case kalau dapat, rezeki lah namanya. Mula-mula aku tak confidence jugak nak pergi interview ni, walaupun aku lepas basic requirement, tapi Ayah, Mak & Kakak semua suruh pergi je cuba nasib. Suruh gain interview experience tu la. Yang kakak pulak pesan, jangan fikir stress sangat, pergi suka-suka je. 

Dah berabad sebenarnya tak pergi KLIA ni.
Last pergi time umrah darjah 6 dulu kot. Hahahaha

Tapi, end up, TERLALU RAMAI GILA orang yang datang untuk interview tu, since qualification dia nak pun rendah. Budak2 yang baru dapat result SPM lagi la ramai gila yang datang. So, at last staff dorang suruh hantar resume je. Apa-apa nanti dorang contact. Well, yang datang awal gila babs tu mungkin la ramai jugak yg dapat masuk bilik interview tu kot. Ramai jugak kata, time hantar resume tu ramai yang kena reject sebab tak ikut basic requirement. Registration dia supposed to be from 9-11 a.m. Aku sampai dalam pukul 10 macam tu. (Yes, I know that I supposed to be there fu***** EARLY for any interview) Tapi, sebab ada kejadian yang tak dapat dielakkan, so sebab tu sampai lewat but before registration end. So, sampai-sampai terus beratur even line panjang nak mampus. Sebab memang dah niat nak gain interview experience je kan. So, dapat tak dapat belakang citer! Cerita dia sekarang cuma nak dapat interview je. 


TAPIIII, the sad thing is belum pukul 11 staff dorang datang kutip resume suruh semua yang beratur tu balik. LIKE WHATTT??!! Hahahhaa. Aku malas nak ulas panjang lebar part ni. Lagipun pergi memang suka-suka bergelak ketawa tak expect tinggi mana pun. So, hadap lah kan! Pastu dengan sedikit kekecewaan sebab tak dapat masuk bilik interview kiteorg pergi la MITSUI OUTLET tu jenjalan tengok apa yang ada. Dah alang-alang sampai kan. Time tu pun dah masuk lunch hour, so makan lah sekali dekat M.A.D restaurant. More to western food lah konsep dia. Pulak tu tengah buat diskaun separuh harga, so untuk orang yang macam aku ni harus la sedar diri dan makan dekat tempat-tempat macam ni kan. Hahahaha. Not bad, tempat cantik/selesa, makanan sedap, servis bagus. Nora bagi 5 bintang k! Hahhaahha




Architect mana yang design mall ni takdak parking berbumbung.
Panaih sungguh cek oii
!
Sesuai lah dengan perasaan kitaorg time tu. Hahahaha
Americano Iced. Pahit tapi sedappppp *I'm a coffee loverrr*
Also a pasta loverrr! Yummmehhh




So, petang tu packing-packing baju, and terus balik Rawang balik since the whole family semua ada sini kan. Plus, takkan nak lepak rumah orang lelama. Segan aih! Hahaha. Balik rumah dapat makan satey, ais krim malaysia asam boi lagi best! Sampai rumah of course la semua tanya camne interview. Hahahaa. Nak buat cane dah takde rezeki. Bukan tak usaha kan. Takpe lah, lets seek for another job vacancies and try the other interview. Well, at least dapat la pengajaran apa jadi kalau tak datang awal time nk interview,lagi lagi walk in interview kan. Dapat tengok calon-calon lain yang lagi berketerampilan gilosss datang interview. You must be REALLY WELL PREPARED. Bukan last minit prepare ye. Sebab interview kerja tak sama langsung dengan interview nak dapatkan tajaan belajar ke apa. It's totally difference! Okey, sampai sini dulu. Bye!















Thursday, March 3, 2016

Lepas SPM nak buat apa?

Assalamualaikum,

Awal pulak aku update hari ni. Al-maklumlah banyak sangat masa terluang sampai tak tahu nak buang macam mana lagi. Hahahaha. Panas naw naw cuaca hari ni. Actually, bukan hari ni jea, semalam, kelmarin, kelmarau pun panas jugak. Tak ingat bila last hujan turun. *Typical manusia, melayu lah khususnya mudah lupa nikmat yang Tuhan berikan, sigh* So, hari ni ayah takda appointment, this whole week actually. Oleh sebab itu, mak pun heret lah aku macam biasa jadi driver dia pg beli barang dapur dekat NSK baru tu. Sejak tertubuhnya NSK tu, dia dah tak beli dah barang dapur kat tesco sini. Murah lagi harga sana katanya. Setiap kali temankan mak pergi beli barang, mesti terlintas dekat hati ni bilalah masanya aku dapat hulur duit belanja rumah dekat mak ye. Dah lah makan banyak, tapi tak menyumbang apa-apa pun. Setakat buat kerja rumah sikit-sikit tu ada lah, itu wajib lah kan. Apa guna ada anak dara kalau tak reti buat kerja rumah. 


Anyway, hari ni result SPM keluar kan? Dengar berita kat radio IKIM on the way balik dari NSK tadi, katanya percentage result SPM overall jatuh ye tahun ni berbanding tahun lepas. Kepada yang dapat result gempak tu tahniah akak ucapkan. Pada yang kurang bernasib baik tu, *give me five* Hahahaha. Korang kalau nak tahu, akak ni dulu 4A je SPM (2009). Apa-apa pun result yang korang dapat tu, ucap alhamdulillah yea. Jangan risau sangat yea adik-adik. Always think positive dan yakin dengan ketentuan Allah. Kita dah usaha, dah doa, sekarang kena redha lah. SPM ni belum lagi penamat dalam hidup korang, malah sebenarnya permulaan untuk peringkat hidup yang baru. Kenapa baru? iye lah, lepas ni tak payah pergi sekolah dah dik oi! Syok wooo.. except yang sambung STPM lah kan. Hehhehe.


Yang penting jangan buang masa duduk melanguk fikir kenapa result tu jadi macam tu. Sekarang ni masa untuk korang aktif cari/plan mana korang nak pergi lepas ni, apa korang nak buat? Nak masuk matriks ke, diploma ke, kolej kemahiran ke, semua tu kena decide cepat. Well, lagi bagus kalau korang dah plan dari awal sebenarnya. So, by this time dah boleh gerak nak buat apa next step kan. Pada yang masih blur-blur atau dilema taktau nak pergi mana, layak ke result saya ni? seek for opinions!! Tanya lah adik beradik yang dah lepas tu, tanya mak ayah, ex cikgu sekolah, ex cikgu tuisyen, jangan tanya ex bf/gf sudah lah. Eh, tapi kalau dorang tu pun ada pengalaman, why not kan? tanya oke, jangan malu.


Kalau akak dulu, lepas dapat result tu akak applu UPU. Eh, ke UPU tu dah kena apply sebelum result keluar lagi? eh, mestilah after kan, sebab nak masukkn keputusan kan? Hahahhaa. Akak pun tak berapa ingat sangat dah dik. Tapi, rasanya selepas dapat result spm lah kan. Yang isi UPU tu pun, bukan akak sendiri, tapi kakak kepada akak yang tolong isikan. hewhewhew. For your information, akak ni adik bongsu, so haruslah mengada sikit suruh orang lain isikan. Hahhahaa. Well, akak memang dah azam awal-awal ashaari lagi dah nak amik Engineering. Tapi, akak time tu tak tau pulak engineering ni ada banyak cabang. Yang akak tau, akak nak amik course yang main dengan Math + Fizik. Wallawehhhh, berlagak kau, rasa macam hebat sangat je result SPM time tu kan! Hahahahaha. Nak buat camne, dalam banyak-banyak subjek SPM, itu je yang akak minat time tu (sekarang pun) Hehehe.


 So, berdasarkan 4A tu, akak apply lah course engineering. Pastu kakak tanya, " Wey, kau nak amik Civil ke, Mechi ke, Electrical ni? " Ahh sudahhh... akak tanya balik apa beza semua tu? Pastu kakak akak pun explain lah sikit2. Setelah mendengar briefing dia yang tak sampai 30 minit tu, akak pun decide. Akak cakap, " nak yang paling senang " HAHAHAHAHHAHAAHAH! Nak amik Engineering, pastu ada hati nak yang paling senang. Nak senang duduk rumah je lah, makan tido. Tapi, kakak akak takde lah cakap macam tu pun, dia pun decide amik Civil berdasarkan result SPM akak tu kan. At the same time, akak pun memang ada apply matriks. Kononnya nak ikut jejak langkah kakak2 & abang2 semua, sebab dorang masuk matriks. Tapi, rezeki akak bukan dekat situ, sebab tawaran diploma yang sampai rumah dulu. Laju tawaran diploma ni lari sebab tak lama lepas akak klik terima dekat tawaran diploma tu, lepas tu tawaran matrikulasi pulak datang. Hewhewhew... Alaa, nape awak lari lambat? Hmmmmm. Mungkin dah tertulis kan, akak memang sambung Diploma in Civil Engineering dekat UITM Pulau Pinang 3 tahun, instead of masuk ke Matrikulasi Kuala Pilah (1 tahun - intake 2). 

Sem 1, first event dengan classmates, bukak puasa sama-sama. Bebudak laki dah gerak dulu dah time ni.

Sem 1 jugak. Ya Allah, mudanya semoranggg! Hahahah


Terkilan jugak lah sebenarnya time tu, tapi at the same time akak rasa macam excited gila dapat pergi Penang! Boleh makan nasi kandar hari-hari woi! Iye lah, first time ni nak pergi study jauh-jauh. Sebab paling jauh pun akak pernah belajar dekat Asrama Toh Puan Norashikin, Kg. Pandan (Yayasan Selangor), time tu sekolah pulak dekat SMK Assunta, PJ. Tiga tahun jer.. after PMR akak keluar, sekolah dekat rumah je dik. Huhuhu. Itu lah dinamakan takdir kan. Hidup kita ni penuh dengan surprise sebenarnya. Even kita plan pang pung pang pung, tapi kalau dah memang Allah tulis rezeki kita kat tempat lain, maka situ lah tempatnya. Yang penting apa? Ingat! sentiasa yakin dengan ketentuan Allah k, think positive + jangan fikir bukan-bukan, ingat Allah tak adil bagi kawan further sana, kita dapat further sini je. Rezeki + ujian setiap manusia tu berbeza-beza yea adik adik. Allah memang akan bagi apa yang terbaik jea buat kita. So, sekarang dah dapat semangat balik ke belum ni? Kalau dah dapat bagus lah, kalau belum, renung-renungkan & selamat beramal! Hahahah


Sem 3 kot, majlis berbuka dekat UiTM. Nganga kakk, jangan tak nganga. Hahhahaaha

Sem akhir, makan-makan dengan semua lecturer yang pernah ajar dari sem 1-6. Ada 4 orang lecturer lelaki sebenarnya dalam gambar ni. Tapi sebab lecturer pun muda sangat, so semua nampak macam student je.

Sepanjang 3 tahun dekat Penang tu, sumpah akak rasa itu moment paling best dalam sejarah study akak. Hahahaha. Kenapa akak kata best? sebab akak dapat classmates yang sangat supporting each other, kiteorang macam adik-beradik sangat! Always ada plan setiap sem nak pergi mana, nak buat apa. Even sampai sekarang group wassap still aktif walaupun masing-masing dah berlainan haluan. Ada yang dah kahwin, dah ada anak, ada yang tengah buat degree dekat Penang tu lagi, ada yang degree dekat Shah Alam, ada yang dah kerja, ada yang sambung master kat UK. Macam-macam cerita, tapi kenangan 3 tahun kat Penang tu still tak lupa. Betul lah kata one of our lecturer, which is lecturer geology kot, Miss Intan Nurshafika. She said, " kawan time diploma ni lah kawan paling best, sebab semua U buat sama-sama. Nanti masuk degree, semua dah bawak haluan masing-masing " Ya Allah Miss, serius betul sangat apa yang miss kata tu! Masa tu jugak boleh dikatakan 'zaman kegemilangan' akak lah. Hehehe. Setiap sem pointer tinggi-tinggi, dapat dekan (2x je lah tapi). Bila masuk degree, mimpi dapat dekan pun tak pernah. Hahahahha. Masuk degree ni, lulus pun kira rahmat besar dah tu. Tapi, adik adik jangan arr jadi macam akak. You can do better!


Yang duduk tu semua lecturer kecuali yang depan baju pink. Hahahah

Pre-grad Diploma, rinduuuuuu! Ramai lagi yang takde time ni.


Lepas habis diploma, akak dapat sambung degree dekat UiTM Shah Alam pulak, course yang sama, tapi classmate yang berbeza. Hehehe. Hidup degree ni memang putar 180 darjah oke! Kena independence lebih sikit. Dulu time diploma, semua lecturer suap. Exam pun senang je skor tinggi-tinggi kan. Masuk degree semua macam terkejut lah jugak. Ye lah, makin tinggi belajar mesti lah makin mencabar ye dak? takkan makin kacang pulak. Hhahahaa. Akak rasa pengalaman degree ni akak taknak cerita dulu. Biar sampai masa yang sesuai nanti baru akak cerita. Lepas konvo mungkin? Hehehe. Doakan akak yer. In shaa Allah, Amin.... oke, akak rasa macam dah panjang sangat post ni, plus akak dah malas sebenarnya, hahahaha. Ok, itu je kot. Bye!