Assalamualaikum,
Fuhh, tak sangka lepas enam tahun berhenti blogging, akhirnya datang balik hidayah untuk buat benda alah ni. Dulu start blogging lepas SPM kot, Time tu memang tak kerja, duduk rumah je bela lemak sampai lah dapat tawaran masuk diploma. Ni dah habis degree (in shaa Allah) pun sama lah duduk rumah meneruskan legasi yang telah sekian lama ditinggalkan. Hahaha. Anyway, aku buat kerja part time jugak sebenarnya. Kerja sebagai driver mak & ayah. Hihihi. Okey lah tu kan, berbakti kepada orang tua selagi boleh. Bukan semua orang dapat peluang macam ni.
Ada orang rezeki awal, dapat kerja awal, so busy dengan kerja. Ada orang rezeki dapat sambung belajar lagi. Semuanya Allah dah tetapkan. Dia dah susun cantik-cantik kan jalan hidup kita ni. Cuma kita je yang tak tahu. Yang paling penting, kita kena usaha, doa & yakin dengan ketentuan yang Allah dah tetapkan ni. Jangan kata akak tak usaha cari kerja & tawakkal tunggu kerja datang bergolek. No, no, no! Tapi biarlah akak dan beberapa orang lagi je yang tahu setakat ni ujian apa yang akak hadapi time ni. Nanti bila dah ready, akak bongkarkan cerita tu ye adik-adik. Hihi *harus bahasakan akak sebab tinggal berapa hari je lagi nak masuk 24 ni* =P
By the way, akak sebenarnya dah berazam taknak ingat birthday sendiri tahun ni. Tapi classmate akak ramai betul yang lahir bulan Mac ni, so hari-hari tu ada je mesej masuk wish birthday. Membuatkan akak ter'counting' birthday sendiri. Ceh! Konon-konon ingat ada orang nk buat suprise birthday party ke bila buat-buat lupa ni?! Hahahahaaktuih! Kalau korang terer cuba lah teka bila birthday akak. Hint dia Lah Ahmad & Rozita Che Wan. *OMGGG! Do you really have to tell the world about this?* Hahahaha.
![]() |
| akak ada je gambar dengan Uncle ni, tapi malu lah nak tepek sini. LOL =P |
hye ecahhh :*
Akak sebenarnya dah tak tau nak cakap apa lagi selain dari asyik teringat tarikh birthday sendiri yang diharapkan supaya taknak ingat tuu. Hahahahaha. Oke lah, sebelum korang muntah hijau, akak stop kat sini dulu yea. Jangan tidur lambatttt, esok kelas dah start kan? for degree student, ehem! Oke, selamat malam pipols :*


No comments:
Post a Comment