Assalamualaikum,
Apaa habaq semuaa? sihat kaa? makan dah kaa? cek kenyang duk makan eskrem mesia asam boi hat yang cek buat minggu lepas untuk anak-anak buah. Oke tipu, itu sampingan je, time bukak pose tadi dah melantak 2 pinggan nasi. Korang tak caya ke kita makan banyak? Ye, saya adalah remaja perempuan yang bajet kurus *mentang-mentang tinggi lampai* dan kuat makan nasi. Duduk rumah dengan mak ayah ni, mak masak ikan goreng pun nikmat oke! Dah tu, cemana nak diet? you tell me now. Hahahhaa
Hari ni supposedly bawak ayah pergi klinik ambil ubat, dan pergi exercise dekat hospital. Tapi ayah refused to go both! Saya pulak jenis tak pandai nak paksa orang, mak pun diam je tak bantah cakap ayah. But, ayah ajak pergi Takaful KL, settlekan urusan lain. Makanya, ke KL lah kita! Settle urusan dekat takaful tu, dorang ajak pergi Plaza Kenanga pulak shopping baju. Sebab ayah kata, aku asyik pakai baju yang sama je every time keluar. To be honest, aku ada baaaaaanyaaaakkkkk sangat blouse yang aku kumpul time aku study kat Shah Alam dulu. Tapi, baju yang menepati syariah mak & ayah hanyalah ada beberapa helai je. Aku pulak jenis yang tak suka nak dengar mak membebel panjang2, lantas ku sarungkan baju yang hanya menepati syariah dia sahaja supaya hidup aku aman damai tanpa bebelan dia. Hehehehe. Pandai tak aku amik hati mak? So, orang nak belanja, aku ikutkan aje lah. Lagipun dah lama tak shopping baju woi! Nak tunggu aku beli sendiri, bayang kerja pun tak nampka lagi. Hewhewhew
Tak lama pun kitaorg shopping, dapat tangkap 'beberapa' helai baju yang mengikut corak piawian aku & labuhnya piawaian mak ayah, adalah dalam 6 helai. Hewhewhewhew. Wehh, mana nak cari baju blouse super duper labuh harga below RM40?! Plaza Kenanga ni lah tempatnya yea adik-adik. Ramai orang jual baju memang beli sini pun, sebab klu beli borong lagi murah naw naw harga dia! Habis cari baju aku, baju anak-anak buah, baju ayah & baju mak, kami pun bergegas pulang ke rumah. On the way balik, ada kawan mak call suruh aku hantar resume dekat area tempat dia kerja sebab dengar cerita ada nak pakai orang. Dia suruh aku datang sekali pakai kemas-kemas, nanti boleh interview terus. Kau bayangkan, tadi seronok jalan-jalan shopping, balik rumah terus kena siap-siap pergi interview. WHATTTT?! I'M TOTALLY NOT PREPARE LAH KAN! Nasib baik pagi tu aku kemas balik file, print baru resume gantikan the one yang aku dah hantar kt KLIA kelmarin. Kahkahkah! Sijil2 pun dah photostat baru yang mana kurang tu. So, sampai je rumah dalam pukul 3, solat, siap2 terus gerak pergi hantar resume tu. Ewwww, tak mandi. Eleh, victoria secret kan ada. Hahahahhaaha!
![]() |
| Sini lah pergi apply tadi .... |
Kawan mak pun temanlah aku pg pejabat HR, isi borang, tunggu somebody review resume aku tu untuk di interview. Baik makcik ni, nama dia Cik Mah. Terima kasih Cik Mah, sebab temankan saya tadi. Hihihi. End up, aku pun dipanggil masuk, so HR dia kata, " setakat ni kita takde kekosongan lagi yang setaraf dengan kelayakan awak. Sebab orang yang in charge untuk engineering tu tak datang hari ni. Esok akak bagi resume awak ni ke dia, in case kalau dia berminat nak amik, kita akan contact awak lah. Syarikat kami tak boleh simply bagi jawatan kerani ke apa2 yang bawah dari kelayakan awak sebab itu salah disisi undang-undang. Ramai jugak yang datang dengan degree kata tak kisah position apa-apa pun, tapi kami memang tak boleh bagi jawatan-jawatan bawahan ni sebab salah dan tak fair " Aku pun angguk-angguk senyum je dengar apa yang kakak tu cakap. Dah bincang-bincang, almost tak sampai setengah jam pun, maka aku pun beredar pulang. Kalau ada rezeki, ada lah tu. Kita dah usaha dah kan. Esok, mak ajak pergi tempat lain pulak try luck lagi. Ada banyak kilang-kilang besar area rumah aku ni sebenarnya. So, kita try lah, mana tau dapat kat salah satu kilang tu kan. Just nak gain experience je, kalau dapat job in civil nanti kita cabut lah! Hehhehe.
![]() |
| Alaaa, nak tengok, nak tengok! |
Anywayyyyyy, nak tak nak, ESOK KENA JUGAK PERGI RENEW LESEN! Sebab lusa dah expiredddd! Sini dah la selalu ada roadblock. Kang tak memasal je kan. Malas sebenarnya nak pergi renew, sebab kena bayar. Hhahahahahha. Amboi, kalau shopping laju je kan! Kakak aku relax je dah berabad tak renew lesen, hari-hari drive bangi-bangsar tak pernah kena saman pun. Hahahhaa. Saka apa lah yang perempuan ni pakai. Oh, cakap pasal saka ni, siapa dah pergi tengok Munafik? Kakak aku kata seram level Emily Rose tu. Aku nak sangat pergi tengok, tapi takde geng. Ye lah, orang lain semua kerja/study, aku je melanguk tak buat apa-apa. Takkan nak ajak mak ayah pulak kan. Memang mintak kena ceramah lah jawabnya! Hahhahahaa. Oke, itu je untuk hari ni. Bye!



No comments:
Post a Comment