Weekend kali ni rumah meriah habis sebab semua siblings balik. So, bila semua anak buah berkumpul, faham-faham lah kan. Anak buah aku ada 7 orang je semuanya. 4 lelaki 3 perempuan. In shaa Allah, ada rezeki nanti aku tambah laa lagi beberapa orang. Boleh buat satu team bola sepak pun oke dah. Hahahhaa
Sebenarnya, semalam aku tidur rumah Fatin kat Putrajaya, tujuannya nak pergi satu walk in interview dekat KLIA2. Aten buat kerja gila ajak aku last minit. Interview hari Sabtu, dia ajak hari Jumaat. Tak ke kelam kabut aku nk packing, gerak dr rawang ke Putrajaya. Thanks to KTM sebab memudahkan perjalanan. Hahah. Nasib baik aku memang dah siapkan satu file lengkap dengan semua sijil2 berkaitan untuk pergi interview. Well, since aku pun takde buat apa-apa, so aku fikir why not give it a try kan. Aku tak expect dapat pun kerja tu, cuma nak gain interview experience je since aku tak pernah pergi mana-mana formal interview kerja lagi setakat ni. In case kalau dapat, rezeki lah namanya. Mula-mula aku tak confidence jugak nak pergi interview ni, walaupun aku lepas basic requirement, tapi Ayah, Mak & Kakak semua suruh pergi je cuba nasib. Suruh gain interview experience tu la. Yang kakak pulak pesan, jangan fikir stress sangat, pergi suka-suka je.
![]() |
| Dah berabad sebenarnya tak pergi KLIA ni. Last pergi time umrah darjah 6 dulu kot. Hahahaha |
Tapi, end up, TERLALU RAMAI GILA orang yang datang untuk interview tu, since qualification dia nak pun rendah. Budak2 yang baru dapat result SPM lagi la ramai gila yang datang. So, at last staff dorang suruh hantar resume je. Apa-apa nanti dorang contact. Well, yang datang awal gila babs tu mungkin la ramai jugak yg dapat masuk bilik interview tu kot. Ramai jugak kata, time hantar resume tu ramai yang kena reject sebab tak ikut basic requirement. Registration dia supposed to be from 9-11 a.m. Aku sampai dalam pukul 10 macam tu. (Yes, I know that I supposed to be there fu***** EARLY for any interview) Tapi, sebab ada kejadian yang tak dapat dielakkan, so sebab tu sampai lewat but before registration end. So, sampai-sampai terus beratur even line panjang nak mampus. Sebab memang dah niat nak gain interview experience je kan. So, dapat tak dapat belakang citer! Cerita dia sekarang cuma nak dapat interview je.
TAPIIII, the sad thing is belum pukul 11 staff dorang datang kutip resume suruh semua yang beratur tu balik. LIKE WHATTT??!! Hahahhaa. Aku malas nak ulas panjang lebar part ni. Lagipun pergi memang suka-suka bergelak ketawa tak expect tinggi mana pun. So, hadap lah kan! Pastu dengan sedikit kekecewaan sebab tak dapat masuk bilik interview kiteorg pergi la MITSUI OUTLET tu jenjalan tengok apa yang ada. Dah alang-alang sampai kan. Time tu pun dah masuk lunch hour, so makan lah sekali dekat M.A.D restaurant. More to western food lah konsep dia. Pulak tu tengah buat diskaun separuh harga, so untuk orang yang macam aku ni harus la sedar diri dan makan dekat tempat-tempat macam ni kan. Hahahaha. Not bad, tempat cantik/selesa, makanan sedap, servis bagus. Nora bagi 5 bintang k! Hahhaahha
![]() |
| Architect mana yang design mall ni takdak parking berbumbung. Panaih sungguh cek oii! |
![]() |
| Sesuai lah dengan perasaan kitaorg time tu. Hahahaha |
![]() |
| Americano Iced. Pahit tapi sedappppp *I'm a coffee loverrr* |
![]() |
| Also a pasta loverrr! Yummmehhh |
So, petang tu packing-packing baju, and terus balik Rawang balik since the whole family semua ada sini kan. Plus, takkan nak lepak rumah orang lelama. Segan aih! Hahaha. Balik rumah dapat makan satey, ais krim malaysia asam boi lagi best! Sampai rumah of course la semua tanya camne interview. Hahahaa. Nak buat cane dah takde rezeki. Bukan tak usaha kan. Takpe lah, lets seek for another job vacancies and try the other interview. Well, at least dapat la pengajaran apa jadi kalau tak datang awal time nk interview,lagi lagi walk in interview kan. Dapat tengok calon-calon lain yang lagi berketerampilan gilosss datang interview. You must be REALLY WELL PREPARED. Bukan last minit prepare ye. Sebab interview kerja tak sama langsung dengan interview nak dapatkan tajaan belajar ke apa. It's totally difference! Okey, sampai sini dulu. Bye!





No comments:
Post a Comment