cp

cp

Monday, March 14, 2016

Cousin

Assalamualaikum...

Dah dua hari tak update blog, banyak gilos benda nak cerita. Takpe, kita cerita satu-satu k. Sabtu lepas ikut mak ayah pergi Taiping melawat Pak Ndak dekat hospital. Kesian Pak Ndak, tenat sangat nampaknya. Terbaring je atas katil tak boleh bergerak. Dia lumpuh separuh badan, tangan & muka still oke lagi, Alhamdulillah. Aku memang rapat sangat dengan family Pak Ndak kalau nak bandingkan dengan sedara mara yang lain. Ingat lagi, kecik-kecik dulu pergi bercuti dekat Port Dickson, Pulau Perhentian, balik kampung arwah Mak Ndak dekat Kelantan. Seronokkkkk sangat! Sebab, Pak Ndak & arwah Mak Ndak sporting habis. Nak apa jee, semua dorang bagi. Tak pernah marah-marah. Anak-anak dorang pun manja sangat. Of course lah aku rapat dengan anak-anak dia, especially Syazwan & Wawa. Kira bestpren lah dengan Wawa tu. Tapi bila dah besar, dah jarang jumpa. bila jumpa pun time raya, sebab rumah Pak Ndak adalah rumah WAJIB RAYA dalam list semua sedara mara. Hahhahha. So, bila jumpa tu jadi awkward jugak la, tak tau nak borak apa sangat dengan wawa, luckily, we both product UiTM, so adalah modal nak bawak berborak. Hhahahahaah


Mula-mula masa sampai hospital tu, tengok Pak Ndak tengah tidur, bila ayah kejut dia tak bangun. Eh, lena betul Pak Ndak tido, penat sangat ke? kesan makan ubat ke? tunggu punya tunggu, sambil2 tu berborak dengan cina sebelah katil dia. Pastu, nampak dia macam gerak-gerak sikit, ayah try kejutkan lagi, ayun-ayun tangan dia, tapi tak jugak bukak mata. Pastu mak try panggil nama dia, ' Nasir, ni Abang Mat datang ni ' Terus serta-merta air mata Pak Ndak keluar sambil dia pejam mata tu. Mungkin Pak Ndak sebak + segan ke, aku pun tak sure. So, aku decide nak ajak mak tunggu luar, biar ayah je dengan Pak Ndak, sebab ayah kan abang dia, so maybe kurang sikit segan dia nak cerita apa-apa. Tapi mak refused to follow me. So,aku decide nak tunggu luar sensorang. Biar la dorang orang tua-tua. So, aku pun pergi lah tunggu luar sambil update keadaan semasa kat group wassap family aku, and group wassap sedara mara belah ayah.





 Lepas 15 minit, aku try la masuk balik nak tengok Pak Ndak bangun ke tak. Bila masuk, tengok mak ayah tengah borak2 dengan Pak Ndak. Eh, Pak Ndak ni malu dengan aku ke apa? Hhahaha. Pastu, mak ayah decide nak pergi solat & makan dulu, sebab kami dari KL td, sampai2 terus ke hospital tak makan lunch ke apa. Hotel pun tak carik lagi. Dah la cuti sekolah baru start ni. Hhahahah. Pak Ndak request nak air panas sebab doc tak bagi dia makan, dia hanya boleh minum air panas je nak bagi dia poo poo, sebab nanti doc nak masukkan kamera dalam badan nak check apa ntah tak sure. So, pergi lah makan kat kafe hospital & isikan air panas dalam termos untuk Pak Ndak. Lepas tu, kami decide nak check in hotel terdekat sebab badan pun dah tak selesa dah, seharian dalam kereta dengan jammed bagai. Sementara tunggu mak ayah solat kat masjid, I cuti, so aku try la call hotel berdekatan dengan Hospital Taiping tanya ada kosong lagi ke tak. Alhamdulillah, 1st call dah dapat satu hotel ni, nama dia Hotel Happiness, amik bilik satu katil queen + single untuk satu malam, hanya RM59!! Murah gilos! Selesa pun selesa, bilik air pun ok, dekat dengan hospital. Nasib baik jugak, sebab time aku call tu ada satu je lagi bilik kosong untuk 3 orang. Fuhhh! 

View dari luar bilik hotel

Simple but nice.

Laluan menuju ke bilik hotel


Apa-apa pun aku tabik springgg dekat Wawa & Syazwan. Wawa ni sumpah anak manja gila dulu, ye la since dia pun bongsu macam aku plus dia sorang je anak perempuan. Tapi, sekarang dia jadi independent gilaaaa! Bayangkan, dia sanggup ulang-aling KL-Taiping sorang-sorang naik ETS tu pergi lawat ayah dia. Dah lah, baru je start kerja, mak pun baru je meninggal dua tahun lepas. Subhanallah, aku ingat ujian aku dah cukup besar, rupa-rupanya ada lagi orang yang ujiannya lagi besar, dan orang tu merupakan orang terdekat jugak dengan aku. Masya-Allah... Semalam, time pergi rumah Pak Ndak dekat Gombak, Kak Ani ( Penjaga keluarga Pak Ndak + arwah Mak Ndak, since 1992) ada cerita, Kak Ani cakap dulu masa arwah Mak Ndak terlantar sakit dekat rumah, Syazwan yang jaga, tolong cuci kaki, etc. Time tu Wawa kat UiTM, study lagi. Syazwan tak pernah even sekalipun cakap bau busuk ke apa. Ya Allah, Subhanallah... Cuba bayangkan kalau kita berad dekat tempat Syazwan tu, mampu ke kita buat macam tu? Wan, kau memang kental wan. I can't stop crying bila terfikir pasal keluarga Pak Ndak ni, plus sebenarnya aku tak sempat nak melawat arwah Mak Ndak langsung, sebab time tu aku kat UiTM jugak tengah study lagi. Terkilan jugak sebenarnya. Tapi, setiap kali lepas solat, in shaa Allah, aku tak pernah lupa sedekahkan Al-fatihah dekat semua arwah atuk, nenek & sedara mara yang telah pergi. 


Setiap yang hidup, pasti akan mati. Itu janji Allah SWT. Cuma kita tak tahu bila, di mana & macam mana keadaan kita time tu. Kita hanya boleh berdoa & berharap semoga pengakhiran kita semua baik-baik belaka, in shaa Allah. Semoga Pak Ndak diberikan kekuatan untuk melawan sakit dan pulih seperti sedia kala. Semoga anak-anak Pak Ndak terus diberikan kekuatan untuk mengharungi ujian yang hebat ni. Korang memang anak-anak yang hebat. Bertuah Pak Ndak & arwah Mak Ndak ada anak-anak macam korang. Wawa, In shaa Allah aku akan cuba apa saja yang aku mampu untuk tolong kau wa. Sedara mara kita yang lain pun semua ada wa, semua orang sekarang risaukan Pak Ndak jugak. Kau jangan risau k wa, sebab kau masih ada kami semua. Kami semua sayang kau adik-beradik wa. 





No comments:

Post a Comment